HASN 2022 Peringkat Kebangsaan Akan diadakan pada 22 Oktober 2022. di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang

HASN 2022 Peringkat Kebangsaan Akan diadakan pada 22 Oktober 2022.. di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang

HASN 2022 Peringkat Kebangsaan Akan diadakan pada 22 Oktober 2022.. di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang

Pengenalan

Hari Alam Sekitar Negara merupakan acara tahunan yang telah disambut semenjak tahun 1989. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Negara yang disambut pada tanggal 21 hingga 27 haribulan Oktober. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, Minggu Alam Sekitar Negara telah dijenamakan kepada Hari Alam Sekitar Negara yang disambut pada setiap 21 haribulan Oktober.

Adalah menjadi hasrat pihak Kerajaan agar penetapan secara simbolik hari “perayaan alam sekitar” ini dapat dirasai dan diingati oleh setiap rakyat Malaysia bagi melambangkan semangat kebersamaan dalam mengharungi cabaran pengurusan alam sekitar yang semakin kompleks.

Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini masih mengekalkan tema “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” dengan fokus kepada empat (4) program utama iaitu:

  1. Sertai Sahabat Sungai melalui Program Denai Sungai Kebangsaan;
  2. Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (e-waste);
  3. Kempen Hindari Plastik Sekali Guna; dan
  4. Penghijauan Bumi & Penanaman Pokok.

Tema bagi Minggu / Hari Alam Sekitar Negara

Aktiviti Hari Alam Sekitar Negara 2022

#MomenLestariku

Kongsikan foto, video atau ucapan kepada kami mengenai usaha anda dalam melestarikan alam sekitar. Momen terpilih akan disiarkan di dalam Media Sosial Jabatan Alam Sekitar.

Sertai juga acara-acara yang diadakan dan menangi hadiah yang menarik!

22 Oktober 2022 ( 7 Pagi - 9 Pagi )

Senam Sihat dan Gambut Run

22 Oktober 2022 ( 9 Pagi - 12 Tengahari )

Pertandingan Mewarna

22 Oktober 2022 ( 9 Pagi - 1 Petang)

Pertandingan Rekacipta

22 Oktober 2022 ( 7.30 Pagi - 5 Petang )

Pengumpulan Buangan Elektrik dan Eleltronik ( e-Waste)

22 Oktober 2022 ( 8 Pagi - 1 Petang )

Pengumpulan Buangan Kitar Semula (Minyak Terpakai, Kertas, Plastik dan Sebagainya.

22 Oktober 2022 ( 9 Pagi - 1 Petang )

Pertandingan Rekacipta Daripada Bahan Kitar Semula

22 Oktober 2022 ( 9 Pagi - 5 Petang )

Pameran Kesihatan

22 Oktober 2022 ( 9Pagi - 5 Petang )

Share Your Moments

22 Oktober 2022 ( 8 Pagi - 5 Petang )

Pameran Alam Sekitar dan Kempen Hindari Plastik Sekali Guna

22 Oktober 2022 ( 7 Pagi - 5 Petang )

Demonstrasi Ujian Pelepasan Asap dan Bunyi Bising dari Kenderaan

Sekretariat HASN

Sekretariat Ibu Pejabat

Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
Aras 1-4 , Podium 2 dan 3 ,
Wisma Sumber Asli, No. 25,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya.

Tel : 03 - 88712019
Faks : 03 - 88889964

Sekretariat Negeri Johor

Jabatan Alam Sekitar Johor
Aras 1, Kompleks Mahkamah Kuantan,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel : 09-5730636 ( Samb 113 )
Faks : 09 - 5732412

JUMLAH PELAWAT : web counter