RAKAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Rakan Alam Sekitar (RAS) telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 2008 dan dilancarkan pada 4 Jun 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin.

Program RAS merupakan inisiatif Kerajaan dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta membudayakan amalan lestari. Program ini menyeru anggota masyarakat terlibat secara sukarela menjadi `mata dan telinga’ untuk membantu membanteras kegiatan yang mencemarkan alam sekitar.

Pada tahun 2013, RAS telah dijenamakan semula dengan Lagu, Motto dan Logo RAS telah diberi satu pembaharuan. Logo RAS yang baru telah menggantikan logo RAS sedia ada manakala Motto RAS baharu telah diperkenalkan iaitu `Kami Mahu Gaya Hidup Lestari’ atau `We Want A Sustainable Lifestyle’.

Pada 29 Mac 2022, Rakan Alam Sekitar 2.0 (RAS2.0) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air semasa Majlis Perasmian dan Penutupan Program ‘Sustain the World Virtual Camp (STWVC) 2022’ di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mewujudkan lima (5) kluster utama iaitu:

        • Kluster RAS Agensi
        • Kluster RAS Kampus
        • Kluster RAS Sekolah
        • Kluster RAS Industri
        • Kluster RAS Komuniti

Keahlian Rakan Alam Sekitar

Keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) terbuka kepada semua warganagera Malaysia tanpa mengira peringkat umur termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam / swasta, orang awam dan lain-lain.

Pendaftaran keahlian RAS boleh dibuat secara dalam talian melalui portal RAS di pautan https://myras.doe.gov.my/

LAGU & JINGLE RAKAN ALAM SEKITAR

AKTIVITI RAKAN ALAM SEKITAR

Aktiviti RAS 2024

Galeri Aktiviti RAS

URUS SETIA RAKAN ALAM SEKITAR

Urus Setia Rakan Alam Sekitar
Bahagian Komunikasi Strategik
Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 PUTRAJAYA

Tel.      : 03-8871 2000
E-mel  : myras@doe.gov.my

Jumlah Pelawat

8775274